Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bekas bintang Chelsea Michael Essien sertai kelab Indonesia Persib Bandung

Mar 14, 2017 | 03:02 PM



JAKARTA: Bekas pemain tengah Chelsea, Real Madrid dan AC Milan, Michael Essien, telah menyertai sebuah kelab bola sepak Indonesia, Persib Bandung, umum kelab itu di media sosial pada Selasa (14 Mac).



Pemain Ghana berusia 34 tahun itu merupakan pemain berprofil tertinggi yang menyertai bola sepak Indonesia sejak wira Piala Dunia Cameroon, Roger Milla, dan pemenang Piala Dunia Argentina, Mario Kempes, bermain di negara ini pada 1990-an.



Essien, yang menjadi ejen bebas sejak meninggalkan kelab Greek Panathinaikos akhir musim lalu, memenangi Liga Juara-Juara, dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan empat Piala FA sepanjang sembilan musim di Chelsea.



Beliau juga bermain bagi Ghana dalam dua Piala Dunia, sebelum bersara di tengah-tengah kejohanan 2014 di Brazil.



Persib menyiarkan gambar jersi bernombor lima, yang Essien sendiri jadikan sebagai nombornya di Chelsea, dengan nama Essien tertera di belakang, sebelum menyiarkan gambar lain yang menunjukkan beliau bergambar bersama pegawai kelab.



Berpangkalan di Bandung, Persib antara kelab paling disokong di Indonesia dan menduduki tempat ketiga dalam Piala Presiden yang baru selesai.



Tarikh mula musim baru liga di Indonesia belum diumumkan. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >