Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERSONALITI SUKAN

Bekas bos MU, Van Gaal, hidap barah

Apr 05, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Bekas pengurus Manchester United, Louis van Gaal, berkata beliau sedang menjalani rawatan bagi barah prostat.



Warga Belanda itu, yang kini mengendalikan pasukan nasional Belanda, membuat pengumuman tersebut di program televisyen Belanda, Humberto, kelmarin.



Van Gaal, 70 tahun, berkata beliau telah merahsiakan berita itu daripada pemainnya semasa waktu rehat antarabangsa baru-baru ini.



"Saya tidak mahu memberitahu keadaan saya kepada pemain kerana ia mungkin akan mempengaruhi persembahan mereka," tambahnya.



Van Gaal mengemudi Belanda sebagai ketua jurulatih buat kali ketiga, setelah membimbing mereka ke tempat ketiga di Piala Dunia 2014 dan kini ke pusingan akhir di Qatar pada hujung tahun ini.



Beliau menambah: "Dalam setiap tempoh saya sebagai pengurus pasukan kebangsaan, saya terpaksa keluar pada waktu malam untuk pergi ke hospital tanpa pemain mengetahuinya sehingga sekarang. Saya fikir saya sihat, tetapi... saya tidak."



Dalam tempoh dua tahun di United, Van Gaal membawa mereka menjuarai Piala FA pada 2016 sebelum beliau digantikan oleh Jose Mourinho.



Beliau juga telah memenangi kejuaraan liga bersama Barcelona, Bayern Munich, AZ Alkmaar dan Ajax, di mana beliau memimpin kelab negaranya itu menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara pada 1995.



Belanda berada dalam Kumpulan A bersama Senegal, Ecuador dan pasukan tuan rumah, Qatar, di Piala Dunia nanti. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >