Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bekas jurulatih bola sepak Selangor, Ken Worden meninggal dunia

Sep 22, 2021 | 05:30 AM



MANTAN jurulatih Selangor dan pasukan bola sepak Malaysia, Ken Worden, telah meninggal dunia pada usia 78 tahun.



Dilahirkan di England, namun menempah nama sebagai pemain dan jurulatih di Australia, termasuk mewakili Tasmania pada tahun 1970-an, mendiang Worden juga pernah menjadi jurulatih pasukan Singapura bagi tempoh yang singkat dalam Liga Malaysia pada 1994.



Berita kematian beliau itu disahkan Football Tasmania.



Bekas pemain bagi kelab England, Burnley dan Preston North End itu merupakan antara jurulatih yang dihormati di Malaysia setelah memenangi tiga Piala Malaysia, dua Piala Sumbangsih dan satu Piala FA.



Worden memulakan kerjayanya di sebarang Tambak sebagai jurulatih Selangor pada 1991 dan memenangi Piala FA pada musim pertamanya.



Setahun kemudian, belia mengambil teraju pasukan kebangsaan Malaysia dan menjadi jurulatih daripada 1992 hingga 1993.



Beliau kembali ke Selangor pada 1994, setelah tempoh yang singkat sebagai jurulatih Singapura, dan menikmati tempoh paling gemilangnya dengan memenangi tiga piala daripada 1994 hingga 1996.



Worden kembali ke arena bola sepak Malaysia dengan menyertai Sabah pada 1999, namun kembali membimbing Selangor pada 2002 dan memenangi Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih pada tahun tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >