Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23

Bekas ketua atletik dunia didakwa terima rasuah bagi tutup kes dadah atlet

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Bekas ketua atletik dunia didakwa terima rasuah bagi tutup kes dadah atlet

Nov 05, 2015 | 11:36 AM

MONACO: Polis Perancis telah mengenakan dakwaan ke atas bekas presiden atletik dunia, Lamine Diack, yang dikatakan mengambil rasuah untuk menutup kes dadah.

Mereka menyerbu ibu pejabat Persekutuan Persatuan Atletik Antarabangsa (IAAF) di Monaco pada Rabu (4 Nov) sebelum mendakwa Diacak, 82 tahun, yang berundur pada Ogos apabila Sebastian Coe dari Britain dilantik untuk mengetuai persekutuan yang dicemari skandal itu.

Pertuduhan itu dikenakan menjelang pengumuman bulan ini sebuah laporan oleh sebuah suruhanjaya Agensi Antidadah Dunia (Wada) yang menyiasat dakwaan penyalahgunaan dadah meluas di Rusia, Kenya dan dalam antara juara dunia.

Diack dan penasihat undang-undangnya, Habib Cisse, dikenakan tuduhan rasuah, pengubahan wang haram dan konspirasi, pendakwa Perancis berkata dalam satu kenyataan.

Kedua-duanya dibebaskan dengan ikat jaminan.

Seorang bekas doktor antidadah IAAF, Gabriel Dolle, pula ditahan untuk disoal siasat, kata mereka.

Satu sumber yang rapat dengan siasatan itu berkata kes tersebut memberi tumpuan pada dua atau tiga ujian dadah oleh atlet Russia, tetapi boleh diluaskan ke kes lain melibatkan rakyat negara lain.

Anak Diack, Pape Massata Diack, meletak jawatan sebagai eksekutif pemasaran IAAF Disember lalu atas tuduhan dia mengaturkan untuk menutup penggunaan dadah atlet Russia.

Presiden Persekutuan atletik Russia, Valentin Balakhnishev, juga meletak jawatan sebagai bendahari IAAF.

Wada akan mengeluarkan laporan bulan ini mengenai dakwaan penggunaan meluas bahan yang dilarang di Russia dan negara lain.

Kira-kira 50 atlet Russia kini diharamkan oleh IAAF, bilangan tertinggi. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3