ZURICH/WASHINGTON: Bekas pegawai kanan Fifa yang mengetuai delegasi yang memeriksa bidaan bagi penganjuran Piala Dunia 2018 dan 2022, Harold Mayne-Nicholls, kelmarin digantung daripada semua kegiatan bola sepak selama tujuh tahun.
Mengumumkan hukuman itu, Jawatankuasa Etika Fifa mengatakan bahawa bekas ketua Persatuan Bola Sepak Chile itu didapati bersalah melanggar "tatasusila sulit" badan bola sepak dunia itu.