Bekas pemain Liga-S Shariff Samat, 36 tahun, meninggal dunia akibat serangan jantung
BEKAS pemain Liga-S Shariff Abdul Samat, anak kepada legenda bola sepak negara Samad Allapitchay meninggal dunia pada Isnin (10 Februari), akibat serangan jantung.
Allahyarham berusia 36 tahun.
Allahyarham Shariff, semasa hayatnya beraksi lebih 100 penampilan dalam Liga S, menyarung jersi Tampines Rovers, Home United, Hougang United, Woodlands Wellington, Young Lions, Sembawang Rangers dan Geylang International.
Beliau dinobat Pemain Muda Terbaik Liga-S 2007 dan pernah diundang menyertai skuad nasional pada 2013, di bawah pimpinan jurulatih Bernd Stange.
Pos terakhirnya di laman Facebook pada 5 Februari lalu menunjukkan Allahyarham di atas katil hospital, menerima rawatan di Hospital Tan Tock Seng.