Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bekas pemain nasional, Precious, sertai Home United

Feb 19, 2014 | 03:23 PM



BEKAS pemain nasional Precious Emuejeraya akan menyarung jersi Home United (HUFC) dalam Liga-S musim ini.


Pemain kelahiran Nigeria yang menjadi warga Singapura dalam 2005 itu adalah pemain terakhir dalam senarai 21 pemain yang diumumkan HUFC pagi tadi.


Precious, 30 tahun, dipecat pasukan Indonesia Persiba Balikpapan Mei lalu atas dasar 'persembahan kurang memuaskan.


Bercakap kepada Berita Harian, Precious berkata beliau gembira diberi peluang 'kedua' bermain bola sepak di Singapura dan tidak sabar untuk meraih kejayaan bersama HUFC.


Sebelum ini, Precious pernah menyarung jersi Woodlands Wellington, Gombak United, Courts Young Lions dan Jurong FC sebelum berpindah ke Indonesia dalam 2009.


"Saya dah lama bermain dalam Liga-S tapi belum pernah meraih kejayaan. Mungkin tahun ini nasib saya akan berubah," katanya.


Beliau diperkenalkan HUFC di majlis pemeteraian perjanjian antara HUFC dengan Puma yang akan menaja jersi dan kit, bukan sahaja untuk pasukan bergelar The Protectors itu, malah pasukan Liga Prime dan pasukan Pusat Kecemerlangan (COE) selama dua tahun.


HUFC membuka tirai kempen Liga-S lusa bila ia menentang juara bertahan Tampines Rovers di Jalan Besar Stadium.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >