TENIS
Bekas pemain nombor satu dunia Maria Sharapova dijangka beraksi kembali
Bakal sertai Terbuka Mallorca yang bermula 17 Jun
Jun 13, 2019 | 05:30 AM
MADRID: Bekas pemain nombor satu dunia, Maria Sharapova, dijangka kembali beraksi semula selepas lebih tiga bulan terkeluar dari pentas saingan akibat kecederaan dengan menyertai Terbuka Mallorca, di Sepanyol, umum penganjur kejohanan berkenaan.
Sharapova, 32 tahun, yang juga pemenang lima kejuaraan Grand Slam, tersisih sejak Februari lalu selepas menjalani pembedahan masalah kecederaan lama pada bahu yang menghantuinya sejak 2008.