Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bekas pengurus Roma bakal pimpin Newcastle?

Oct 23, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pemilik baru Newcastle United telah mengadakan rundingan dengan bekas pengurus Roma, Paulo Fonseca, sebagai sebahagian proses mencari pengganti Steve Bruce.



Beberapa calon lain juga sedang dipertimbangkan oleh konsortium yang disokong entiti pelaburan Arab Saudi itu.



Bekas pengurus Bournemouth, Eddie Howe, bekas pengurus Borussia Dortmund, Lucien Favre, dan pengurus Belgium, Roberto Martinez, semuanya juga telah dikaitkan dengan jawatan itu.



Buat masa ini, penolong jurulatih Graeme Jones akan memimpin pasukan itu secara sementara, bermula dengan perlawanan Liga Perdana England (EPL) menentang Crystal Palace hari ini.



Bruce mengundur diri daripada Newcastle pada Rabu lalu, dua minggu selepas konsortium tersebut mengambil alih kelab itu.



Menyusuli perkembangan tersebut, pemilik baru itu berkata mereka akan mengambil masa yang sewajarnya untuk memilih dan melantik pengurus baru.



Fonseca, yang berasal dari Portugal, memimpin Roma selama dua musim dari 2019 hingga 2021.



Dalam tempoh itu, beliau memimpin kelab tersebut ke tangga kelima liga Serie A, serta ke separuh akhir Liga Europa pada musim lalu, sebelum digantikan oleh Jose Mourinho.



Beliau, yang sebelum ini bertugas bersama Shakhtar Donetsk, hampir menyertai Tottenham Hotspur sebagai pengurus pada Jun lalu, sebelum kelab tersebut berubah hati dan melantik Nuno Espirito Santo.



Newcastle masih belum memenangi sebarang perlawanan EPL musim ini, dan kini berada di tangga ke-19 dengan tiga mata selepas lapan perlawanan.



Dalam pada itu, Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan, telah memberi respons kepada tindakan 18 kelab EPL yang menyokong usul mengadang sebarang kelab EPL menandatangani kontrak tajaan dengan entiti yang berhubung kait dengan pemilik masing-masing.



Newcastle menolak usul itu, sementara Manchester City tidak mengundi. Kededua kelab itu mempersoal sama ada tindakan itu melanggar undang-undang.



Tindakan itu melarang Newcastle membuat perjanjian tajaan dengan syarikat yang ada hubung kait dengan Public Investment Fund (PIF), iaitu entiti pelaburan Arab Saudi yang kini memiliki 80 peratus Newcastle.



Namun, Al-Jaadan berkata dalam satu wawancara bersama CNBC penyokong Newcastle boleh menjangka sebuah kelab yang "dipertingkat tidak lama lagi.



"Jika orang menyuarakan keprihatinan kerana bimbang kami mengorak langkah untuk membangun sebuah kelab dalam EPL, ini menunjukkan persaingan dalam liga itu semakin bertambah," ujar beliau. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >