Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bekas penjaga gawang Lim Chiew Peng meninggal dunia

Nov 28, 2016 | 03:12 PM



LIM Chiew Peng, bekas penjaga gol kebangsaan yang dianggap antara yang paling baik semasa zaman kegemilangan bola sepak Singapura, meninggal dunia pada Ahad (27 Nov) akibat barah pada usia 65 tahun.



Sebagai pilihan pertama bagi jersi No. 1 hingga 1970-an, Lim sebahagian daripada pasukan yang membantu Singapura memenangi Piala Malaysia semula pada 1977.



Cinta beliau pada bola sepak berterusan sepanjang hayat sekalipun selepas menggantung but dengan membantu menurunkan kemahiran dan pengetahuannya kepada penjaga gol muda di kelab Liga-S Tampines Rovers.



Beliau mengekalkan peranan itu sekalipun semasa berjuang melawan penyakitnya.



Difahamkan bahawa Lim, seorang perokok, tidak mempunyai sembarang isu kesihatan serius sehingga baru-baru ini. Malah, beliau menyertai 'kaki-kaki' bola sepak lamanya ke Selangor Mei lalu.



Lim mula mengadu batuk serta hilang selera makan beberapa bulan lalu. Beliau dimasukkan ke Hospital Besar Changi (SGH) pada Okt bagi pemerhatian dan ujian, tetapi keadaannya menjadi teruk dengan cepat tidak lama selepas beliau disahkan menghidap barah paru-paru peringkat teruk.



Keluarga Lim, termasuk isteri, anak dan adik-beradiknya, berada di SGH semasa beliau meninggal dunia.



Upacara sebelum pengebumian diadakan sehingga Rabu di 507 Bedok North Avenue 3. Pengebumian pada Khamis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >