NIAT di hati mahu menguji bakat dalam liga setempat - Liga-S.
Namun, Muhamad Ahram, pelajar Sekolah Menengah Yusof Ishak yang giat mengikuti latihan dengan pasukan bola sepak Kelab Sukan Masyarakat (CSC) Kelab Masyarakat Bukit Batok sejak di bangku sekolah rendah, terpaksa mengetepikan sementara niat yang terpendam itu demi menumpukan perhatian kepada peperiksaan GCE 'O' yang bakal dihadapi hujung tahun ini.