BELANDA menjamin tempat di persada Kumpulan B setelah menundukkan Chile 2-0 dalam perlawanan kumpulan terakhir sebentar tadi, sekaligus mengelak pertemuan dengan Brazil yang menjuarai Kumpulan A.
Permainan di Arena Corinthians di Sao Paulo itu berlangsung dengan rentak sederhana - kededua pasukan telah melayakkan diri ke pusingan kedua dan seolah-olah ingin menyimpan tenaga untuk perlawanan seterusnya.
Pemain Norwich, Leroy Fer menjaringkan gol pertama dalam minit ke-77, menanduk bola tajam ke penjuru gol hasil satu tendangan sudut, sebelum Memphis Depay menggandakan jaringan lewat dalam masa kecederaan untuk menentukan Belanda memenangi ksemua perlawanan kumpulannya.
Chile terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua walau mencipta beberapa peluang untuk menjaring gol sepanjang perlawanan.
Sementara itu, juara bertahan Sepanyol, yang tersingkir setelah tewas kededua perlawanan kumpuan pertama, menebus sedikit maruahnya selepas menundukkan Australia 3-0 di Arena da Baixada di Curitiba.
David Villa membuka tirai jaringan dalam minit ke-36 sebelum Fernando Torres (min ke-69) dan Juan Mata (min ke-82) menentukan Sepanyol pulang dengan sekurang--kurangnya tiga mata.
Walau tewas kesemua tiga perlawanan kumpulan, Australia mampu berbangga dengan persembahan yang baik sepanjang pertandingan, termasuk kekalahan tipis kepada Belanda dan Chile.