Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU BELGIUM LWN MAGHRIB

Belgium setakat pemain 'generasi emas' yang tewas?

Punya pemain handal 'berpotensi jadi juara dunia' tapi masih belum takluki dunia lepas 10 tahun
Nov 27, 2022 | 05:30 AM



SELAMA sekitar 10 tahun, dunia bola sepak akur Belgium antara gergasi sukan itu dan pemain generasi emasnya seperti Eden Hazard, Kevin De Bruyne, Youri Tielemans dan Romelu Lukaku berupaya menakluki dunia.



Namun, mereka tidak dapat meningkatkan persembahan mereka dan dalam Piala Dunia dan Kejohanan Eropah lalu, mereka gagal.



Piala Dunia 2022 di Qatar dikatakan merupakan peluang terakhir bagi Belgium menuntut tempat mereka dalam lipatan sejarah bola sepak sebagai antara pasukan terulung dunia.



Namun, berdasarkan kemenangan tipis 1-0 Belgium ke atas Canada dalam perlawanan pembukaan mereka, nampaknya sejarah kegagalan bakal berulang bagi pasukan pimpinan Roberto Martinez itu.



Ketika mengambil alih kepimpinan pasukan itu daripada Marc Wilmots selepas kejohanan Eropah 2016, Martinez mengisytiharkan bahawa anak buahnya itu berupaya memenangi Piala Dunia.



"Ini adalah sebuah pasukan yang berupaya mencipta sejarah. Mereka berpotensi menjadi juara dunia," katanya.



Bagaimanapun, semasa menentang Canada, pasukan di tangga ke-26 daripada 32 pasukan yang bertanding di Qatar, Belgium tidak bermain seperti pasukan yang "berpotensi menjadi juara dunia".



Malah, bekas pemain pertahanan England John Terry, berkata mereka hanya "bernasib baik" mendapat tiga mata daripada perlawanan itu.



Bercakap sebagai pengulas beIN Sports, Terry berkata:



"Mereka bernasib baik, tidak dapat diselindungkan hakikat itu. Jika tidak kerana Thibaut Courtois (penjaga gawang Belgium), Canada telah melakukan kejutan besar."



Perkara ini diakui Martinez dalam satu sidang media selepas kemenangan tipis itu, namun beliau menegaskan:



"Tapi dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia, yang penting ialah tiga mata.



"Benar kami boleh bermain dengan lebih baik, tapi pemain boleh mendapat keyakinan daripada kemenangan perlawanan pertama dan menjadikannya asas bagi perlawanan-perlawanan akan datang."



Malam ini (9 malam waktu Singapura), Belgium akan bertemu Maghribi, pasukan yang seri 0-0 dalam perlawanan pembukaan mereka menentang Croatia.



Pengurus Maghribi, Walid Regragui, yang mengambil alih teraju pasukan itu tiga bulan sebelum kejuaraan di Qatar, berkata pasukannya bersedia berdepan dengan siapa sahaja.



Beliau berkata, pasukannya sedar ia sebuah pasukan "underdog" untuk mara daripada Kumpulan F, namun beliau dan anak buahnya berazam kuat membanggakan rakyat Maghribi dengan persembahan mereka di Qatar.



"Tekanannya pada pasukan Belgium dan Croatia. Mereka gergasi dunia. Namun, Maghribi juga mempunyai kekuatan kami tersendiri dan kami mahu menonjolkannya di Qatar kepada dunia," ujar beliau.



Terry berkata meskipun Maghribi pasukan "underdog", mereka mempunyai cukup pemain berkebolehan yang berupaya "mencederakan" Belgium.



"Pemain seperti Hakim Ziyech dan Achraf Hakimi mampu menghasilkan suatu kelainan dan Belgium, dalam mengejar tiga mata bagi memperkukuh kedudukan mereka dalam Kumpulan F sebelum pertemuan dengan Croatia, harus berhati-hati," kata Terry.



Beliau menambah bahawa sekiranya Belgium bermain pada tahap sebenarnya, mereka adalah pasukan yang terlalu handal untuk ditangani Maghribi.



"Tapi itulah persoalan paling besar. Apakah mereka berupaya meningkatkan persembahan mereka?



"Mereka mesti melakukannya. Pemain mereka adalah bintang-bintang bola sepak dunia, mewakili kelab-kelab terkemuka Eropah.



"Mereka ada bakat, tapi mereka perlu menunjukkan keyakinan dan keberanian sekiranya mereka tidak mahu dikenali sebagai generasi emas yang tewas," katanya.




"Tekanan adalah pada pasukan Belgium dan Croatia. Mereka gergasi dunia. Namun, Maghribi juga mempunyai kekuatan kami tersendiri dan kami mahu menonjolkannya di Qatar kepada dunia."



- Walid Regragui, Pengurus Maghribi.




"Benar kami boleh bermain dengan lebih baik (daripada semasa menentang Canada), tapi pemain boleh mendapat keyakinan daripada kemenangan perlawanan pertama dan menjadikannya asas bagi perlawanan-perlawanan akan datang."



- Roberto Martinez, pengurus Belgium.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >