Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Belgium yakin, Perancis pula tenang

Jul 10, 2018 | 05:30 AM



MOSCOW: Tumpuan dunia kini beralih kepada Belgium selepas kejayaan mereka menjinakkan gergasi bola sepak, Brazil, dalam perlawanan suku akhir dengan kemenangan 2-1.



Daripada pasukan bukan pilihan, anak buah Roberto Martinez itu kini ditabal ramai penganalisis bola sepak sebagai 'favourite' untuk menjulang Piala Dunia 2018.



"Mereka pasukan yang paling lengkap, dan Belgium menunjukkan kematangan dan peningkatan prestasi tepat pada masanya," ujar bekas penyerang pemain tengah England, Paul Merson.



Matinez sendiri enggan mengulas mengenai peluang pasukannya menjulang Piala Dunia buat kali pertama kali dalam sejarah.



"Kami bersedia bertarung sehingga ke penghabisan untuk melangkah ke final.



"Itu saja tumpuan kami buat masa sekarang. Tidak lebih dan tidak kurang," tegasnya.



Bersetuju, pemain utama Belgium, Eden Hazard, berkata setelah melangkah ke separuh akhir, "apa sahaja boleh berlaku".



"Bohong jika saya katakan kami tidak fikirkan perkara itu. Mungkin pada mulanya, ramai tidak yakin akan peluang Belgium. Kami tidak merasakan tekanan.



"Namun, sejak pusingan kelayakan lagi, kami fokus kepada tugas. Pertama melayakkan diri, kemudian melepasi peringkat berkumpulan dan seterusnya.



"Kami menyertai pertandingan ini dengan matlamat untuk memenanginya, tapi buat masa ini kami fokus dengan tugas menentang Perancis," kata pemain kelab England, Chelsea, itu.



Dalam pada itu, jurulatih Perancis, Didier Deschamps, berkata persiapan pasukannya tidak terjejas dengan tumpuan yang diberikan kepada Belgium.



Malah, beliau suka jika semua tumpuan beralih daripada Perancis kepada Belgium.



"Kami tahu keupayaan kami dan kami juga kenal kekuatan Belgium. Itu yang paling penting," ujar beliau.



Mengulas pertanyaan wartawan mengenai kritikan media Perancis bahawa prestasi anak buahnya jauh daripada memuaskan sejauh ini berbanding lawan mereka Belgium, Deschamp berkata beliau faham dengan kritikan tersebut.



"Saya bangga dengan prestasi pemain saya, gembira kami berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir. Ia adalah satu pencapaian besar.



"Ada pihak yang tidak puas dengan tahap persembahan kami, namun adili kami di akhir pertandingan nanti," gesa Deschamp, yang memenangi pertandingan Piala Dunia sebagai kapten Perancis pada 1998.



Memberi gambaran persiapan pemain, kapten pasukan Perancis, Hugo Lloris, berkata rakan-rakannya tenang menjelang perlawanan tersebut.



"Kami pernah mengalami keadaan ini, dan kami cukup berpengalaman untuk menangani tekanannya.



"Kami juga mempunyai jurulatih yang telah melaluinya.



"Belgium pula tidak pernah berdepan dengan tekanan bermain dalam separuh akhir kejohanan utama seperti Kejohanan Eropah atau Piala Dunia, dan ini kelebihan yang harus kami manfaatkan," ujar beliau. - Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >