Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Benefisiari, staf Jamiyah saksikan perlawanan

Jul 28, 2018 | 05:30 AM



PELAJAR sekolah, kanak-kanak yang kurang bernasib baik, warga emas dan remaja berisiko berpeluang menyaksikan perlawanan Arsenal menentang Atletico Madrid kelmarin atas tajaan International Champions Cup (ICC) atau Piala Juara-Juara Antarabangsa.



Antara yang berpeluang menonton perlawanan tersebut adalah penghuni Rumah Peralihan Jamiyah Darul Islah bersama-sama keluarga dan kakitangan rumah tersebut.



Selain itu pertubuhan lain seperti Lion Befrienders; Khidmat Masyarakat Viriya; Rumah Tumpangan Kanak-Kanak Jamiyah, Darul Ma'wa; Majlis Pencegahan Jenayah Nasional (NPCC); Pusat Rainbow Centre dan kelab-kelab masyarakat dari merata Singapura juga turut ditaja untuk menyaksikannya.



Pemain-pemain dan murid-murid yang berminat dalam bolasepak termasuk dari sekolah Jurong West, Montford dan White Sands juga berpeluang untuk menyaksikan pasukan-pasukan unggul dari Eropah seperti Arsenal, Atlético de Madrid dan Paris Saint-Germain yang bertanding di Stadium Negara itu.



"Rakyat Singapura, baik yang muda dan dewasa, memang ramai minat dengan bola sepak. Ini adalah suatu peluang untuk memupuk dan meningkatkan semangat bola sepak dan kesukanan buat pemain-pemain muda tanahair.



"Selain dari itu, peluang eksklusif telah diberikan kepada pemain-pemain muda dan kanak-kanak yang terpilih dari beberapa pertubuhan tanahair untuk menghadiri dan mengikuti sesi-sesi latihan kelab-kelab Eropah tersebut, dan beramah tamah bersama pemain-pemain antarabangsa yang terkenal,'' ujar ICC kepada Berita Harian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >