KASUT dan pakaian sukan diketepikan dulu apabila srikandi tenis wanita dunia, siap berkasut tumit tinggi dan berseri-seri dengan pakaian ala peragawati, menemui peminat di acara 'permaidani ungu' semalam sempena kejohanan Final Persatuan Tenis Wanita (WTA) BNP Paribas.
Acara di Skating Rink @ The Shoppes, Marina Bay, semalam, yang dibuka kepada orang ramai, ialah majlis undian bagi menentukan 'nasib' kelapan-lapan pemain apabila saingan kejohanan penutup musim berprestij WTA ini bermula esok.