Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK DUNIA

Beribu penyokong PSG nanti ketibaan Messi

Aug 11, 2021 | 05:30 AM



PARIS: Puluhan penyokong Paris Saint-Germain berkumpul di luar stadium kelab itu semalam, untuk menantikan kehadiran Lionel Messi yang dijangka menyertai kelab itu selepas meninggalkan Barcelona.



Sebahagian penyokong juga berkumpul di lapangan terbang Le Bourget di utara ibu kota itu, kerana menjangka pesawatnya mendarat di sana.



Bintang bola sepak Argentina itu dijangka menyertai PSG selepas mengumumkan pengundurannya dari Barcelona di sidang media penuh air mata minggu lalu. Messi, 34 tahun, telah menghabiskan 17 tahun di Nou Camp, memenangi puluhan trofi.



Namun, pada hari yang sama, wartawan AFP TV melihat Messi berada di rumahnya berhampiran Barcelona. Beliau bersama keluarganya dan bekas rakan sepasukan Luis Suarez.



Menyusuli pengumuman Barcelona minggu lalu mereka bahawa tidak mampu untuk kekal menggajikan Messi di kelab itu, PSG - yang dibiayai pemilik dari Qatar yang kaya - telah muncul sebagai pilihan utama untuk mendapatkan tanda tangan Messi.



PSG menganggap Messi sebagai huraian utama dalam misi mereka memburu kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah yang didamba.



Media di Perancis, sejak kelmarin, telah melaporkan Messi hampir pasti menyertai PSG.



"Akhbar sukan L'Equipe berkata negara itu diambang permulaan hebat dalam sejarah Ligue 1 - liga domestik utama Perancis.



Messi dijangka menjalani pemeriksaan perubatan dahulu sebelum menyertai PSG, tetapi proses itu dianggap sekadar satu formaliti.



Di sidang media minggu lalu, Messi berkata menyertai PSG adalah satu 'kemungkinan'.



Namun, adalah satu realiti, hanya PSG yang mampu membayar gaji Messi, dengan satu lagi kelab yang dibiari pemilik dari Arab, Manchester City, berkata ia tidak akan memikat Messi ke sana.



Gaji Messi di Barcelona buat masa ini dijangka sekitar 70 euro ($110 juta) setahun, tetapi beliau dipercayai rela menerima separuh jumlah itu di kelab baru.



Meskipun Messi telah menawarkan gajinya dipotong separuh untuk kekal di Barcelona - dengan kelab itu menanggung hutang 1.2 bilion euro, perjanjian antara kelab dengan pemain itu dianggap tidak mematuhi had gaji yag dikenakan La Liga.



Malah, satu kumpulan penyokong Barcelona, yang diwakili peguam dari Paris telah mengumumkan hasrat mereka mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Eropah berhubung peraturan kewangan adil yang harus dipatuhi Barcelona dan PSG.



"Saya bermain sepenuh hati dan kemampuan saya di Barcelona dari hari pertama hingga ke hari ini. Saya tidak pernah menjangka perlu mengucapkan selamat tinggal," kata Messi.



Beliau meninggalkan Barcelona selepas menjaringkan 672 gol dalam 778 perlawanan - satu rekod jaringan bagi seseorang pemain di satu kelab.



Messi juga memenangi 35 trofi di Nou Camp, termasuk empat Liga Juara-Juara dan 10 kejuaraan La Liga, selepas menyertai Barcelona pada usia 13 tahun.



Beliau menyarung jersi Barcelona buat kali terakhir dalam kekalahan 1-2 kepada Celta Vigo pada Mei lalu.



Dalam pada itu, kehadiran Messi di PSG akan menjadikan pasukan itu pilihan utama untuk merampas semula kejuaraan Ligue 1 yang dimenangi oleh Lille musim lalu.



Selain Messi, PSG juga telah membeli pemain Sepanyol veteran Sergio Ramos dari Real Madrid dan penjaga gawang Italy Gianluigi Donnarumma yang menyerlah di Kejohanan Eropah (Euro) 2020.



PSG juga telah mendapatkan pemain Liverpool Georginio Wijnaldum dan membelanjakan 60 euro untuk membeli pemain bek Achraf Hakimi dari Inter Milan, yang menjaringkan gol dalam perlawanan pertama hujung minggu lalu.



Kini, Paris hanya menanti Messi diumumkan sebagai pemain PSG, yang boleh berlaku seawal Sabtu ini, apabila PSG bertemu Strasbourg di Parc de Princess, di hadapan 48,000 penonton yang dibenar masuk ke stadium buat kali pertama sejak pandemik menular 18 bulan lalu. - Agensi berita.




KENAPA MESSI TINGGALKAN BARCELONA?



1) HAD GAJI LA LIGA



Barcelona berkata ia tiada pilihan lain dan terpaksa biarkan Lionel Messi beredar secara percuma apabila kontraknya luput pada Jun lalu. Ini walaupun Messi bersetuju potong gaji 50 peratus.



Barcelona tanggung hutang 1.2 bilion euro ($1.91 bilion). Jika ia kekalkan Messi, Barcelona akan belanjakan 110 peratus daripada pendapatannya bayar gaji Messi.



Presiden Barcelona Joan Laporta berkata kelab itu tidak lagi mampu belanja seperti dulu dan melaporkan kerugian 500 juta euro tahun lalu.



Kelab-kelab di kededua divisyen teratas Sepanyol alami kerugian 2.01 bilion bagi musim 2019-200 dan musim 2020-21.



2) TIADA PEMAIN BARU DIBENARKAN



Beberapa pihak bertanya mengapa Messi tidak boleh kekal di Barcelona dan bermain secara percuma.



Minta pemain yang dianggap terbaik di dunia bermain secara percuma mungkin kurang logik, tetapi peraturan La Liga berhubung gaji tidak benarkan Barcelona tandatangan kontrak baru dengan sebarang pemain tanpa patuhi peraturan tersebut.



Timbul tanda tanya mengenai penyertaan pemain baru lain seperti Memphis Depay, Sergio Aguero, Eric Garcia dan Emerson Royal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >