Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERSONALITI SUKAN 2

Berkorban demi timba latihan floorball di Finland

Apr 29, 2018 | 05:30 AM



PELBAGAI kenangan manis yang diperolehi sepanjang menceburkan diri dalam sukan floorball sejak di bangku sekolah.



Antaranya ialah memenangi pertandingan antara politeknik-institut pendidikan teknikal atau POL-ITE ketika menuntut di Politeknik Republic pada 2012.



Kini berusia 25 tahun dan sudah pun berkahwin, Siraaj Ramadhan turut membantu kelabnya, Black Wondersticks, mencatatkan kejayaan berganda apabila memenangi pertarungan penentuan Liga Perdana dan juga mahkota Liga Perdana Singapura pada tahun lalu.



Anak kedua dalam keluarga tiga beradik ini juga turut menjaringkan dua gol untuk skuad nasional semasa membelasah Thailand 9-0 bagi menggondol pingat emas acara itu di temasya Sukan SEA yang berlangsung di tanah air pada 2015.



Satu lagi kenangan yang dilaluinya baru-baru juga hampir pasti akan tersemat dalam jiwanya untuk selama-lamanya - pengalaman hampir lima minggu 'makan, tidur dan berlatih' floorball di negara gergasi sukan ini yang juga juara dunia, Finland, baru-baru ini.



Lebih tepat lagi bersama Akademi SC Classic yang terletak di Tampere, di selatan Finland - yang turut menampilkan antara kelab terhandal di negara itu, SC Classic.



"Kata orang, jika anda ingin menjadi yang terbaik, anda perlu belajar daripada yang terbaik," ujar Siraaj semasa dihubungi selepas kembalinya ke Singapura baru-baru ini.



"Jadi, itulah yang mendorong saya menjejakkan kaki ke Finland... berharap menimba pengalaman serta belajar daripada pemain-pemain dan jurulatih di sana.



"Sebahagian besar masa saya di sana dihabiskan dalam sesi latihan dan berehat... fokus sepenuhnya pada sukan ini.



"Saya berpeluang mengikuti latihan bersama pasukan bawah 21 tahun dan bawah 18 tahun mereka... sekalipun kededuanya pasukan peringkat umur tetapi tahap kecekapan dan permainan mereka begitu tinggi sekali.



"Banyak yang saya belajar seperti mempertingkatkan lagi kecekapan asas seperti semasa membuat hantaran dan mencari sasaran gol selain pentingnya berfikir dengan pantas semasa berada di gelanggang," tambah Siraaj, yang turut memiliki diploma Sains Senaman dan Sukan daripada Politeknik Republic tahun lalu.



Selain memanfaatkan kecekapannya sebagai pemain, Siraaj, yang juga merupakan seorang jurulatih floorball sejak 2014, yakin segala pengalamannya itu dapat dikongsi sama dengan para pemain di bawah bimbingannya.



Kini beliau merupakan jurulatih di Sekolah Rendah Si Ling, Sekolah Menengah Crest dan pasukan lelaki di Politeknik Nanyang.



Bersama beberapa rakan seperjuangan, Siraaj turut mengendalikan Akademi Floorball Belia (YFA) yang ditubuhkan sejak tahun lalu.



Peranannya sebagai pemain dan jurulatih itulah juga yang mendorongnya meninjau peluang latihan di Finland itu - inisiatif sendiri dengan mengeluarkan perbelanjaan sendiri - tanpa sokongan mana-mana penaja.



"Saya sendiri telah menanyakannya kepada salah seorang pengurus yang bertugas di akademi itu. Beliau kemudian mengajukan soalan saya ini kepada ketua akademi yang telah memberikan keizinan kepada saya.



"Terbukti ia satu pengalaman yang hebat sekali... yang mungkin datang sekali seumur hidup... bagi saya menimba pengalaman daripada pemain-pemain handalan sukan ini.



"Sebagai pemain dan jurulatih sukan ini, saya dahagakan ilmu untuk terus mempertingkatkan diri dalam sukan ini.



"Jadi, saya berharap segala pengalaman yang diraih ini akan membolehkan saya menghulurkan sumbangan lebih besar dan lebih berkesan kepada pemain-pemain di bawah bimbingan saya dan juga kepada masyarakat floorball secara amnya," ujar Siraaj lagi, yang menganggarkan menghabiskan sekitar $7,500 bagi menimba pengalaman itu selain kehilangan pendapatan sekitar $4,500 sepanjang beliau berada di Finland.



Mujur katanya, beliau turut mendapatkan sokongan sekitar $6,000 daripada anggota SimplyIslam.sg yang menyahut usaha pengumpulan dana yang dijalankannya.



Selain tugas sepenuh masanya sebagai jurulatih, Siraaj menambah bahawa tumpuannya tahun ini ialah cuba merebut tempat dalam skuad nasional yang akan bersaing di edisi Piala Dunia Floorball tahun ini yang akan berlangsung di Prague, Republik Czech, pada Disember ini.



"Ia kejohanan terbesar dalam sukan ini, jadi sebagai pemain, seboleh-bolehnya saya mahu merasakan suasana kejohanan itu nanti dan terus menimba pelbagai peluang," tambah Siraaj, yang juga berpengalaman membantu sebuah kelab dari Barat Australia bertanding di kejohanan Terbuka Floorball Australia - sekali pada April 2016 dan kali kedua pada April tahun lalu di mana pasukannya berjaya memenangi pingat emas.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >