Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bernie Ecclestone bayangkan Singapura tidak mahu anjur F1 lagi

Nov 21, 2016 | 07:48 AM



LONDON: Ketua Formula Satu, Bernie Ecclestone, mendedahkan Singapore GP tidak lagi mahu mengadakan perlumbaan Grand Prix Formula One, lapor Motorsport.com.



Terdapat spekulasi sejak beberapa bulan lalu bahawa Singapura sedang mempersoal sama ada ia harus atau tidak memperbaharui kontrak semasa, yang tamat selepas perlumbaan tahun depan (2017).



Bagaimanapun dalam temu bual dengan penerbitan Auto Motor Und Sport Jerman pada Ahad (20 Nov), Ecclestone berkata beliau rasa Singapura tidak akan melanjutkan perjanjian perlumbaan itu.



Beliau berkata: "Lihatlah apa yang telah kami lakukan untuk Singapura. Ya, Grand Prix menelan belanja wang yang banyak bagi Singapura, tetapi kami juga memberi mereka wang yang banyak.



"Singapura tiba-tiba sekarang menjadi lebih daripada sekadar sebuah lapangan terbang untuk terbang ke atau dari. Sekarang mereka percaya mereka telah mencapai matlamat mereka dan mereka tidak mahu grand prix lagi."



Jurucakap Singapore GP berkata ia tidak mengulas mengenai rundingan yang sedang berjalan.



Ecclestone juga berkata beliau tidak akan terkejut jika beberapa pengeluar kereta semasa, termasuk juara dunia Mercedes, berhenti beberapa tahun akan datang.



"Ia boleh berlaku ke atas kami, iaitu Mercedes dan Ferrari melarikan diri," ujar Ecclestone. "Tetapi secara jujur, jika perlumbaan menjadi lebih baik, ini mungkin bukan gambaran yang teruk.



"Kami perlu menjangka pengeluar meninggalkan kami. Mercedes akan menarik diri apabila keadaan sesuai dengan mereka dan ia sesuatu yang kami alami sebelum ini - lihatlah Honda, BMW dan Toyota. Mereka pergi apabila Formula One telah melakukan kerja untuk mereka. Tidak ada rasa berterima kasih."



Keraguan tentang masa depan jangka panjang GP Singapura timbul di tengah-tengah tanda tanya serius mengenai Grand Prix Jerman dan Brazil tahun ini.



Bercakap mengenai perlumbaan yang belum disahkan bagi 2017, Ecclestone berkata: "Kami melakukan yang terbaik untuk mengekalkan Canada dalam kalendar. Di Brazil, kami cuba melakukan yang sama, walaupun sukar.



"Dari segi Hockenheim. Kami tidak boleh memberi subsidi perlumbaan di Jerman, jika kami tidak melakukan perkara sama bagi perlumbaan lain di Eropah."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >