Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BERBASIKAL

Bersukan tambah keyakinan diri

Mar 04, 2020 | 05:30 AM



HANYA empat tahun lalu, Cik Yanee Mohamed Ali tidak boleh berlari anak lebih satu kilometer tanpa sesak nafas dan berputus asa.



Kini Cik Yanee, 37 tahun, meluangkan sehingga enam hari seminggu untuk berbasikal, berenang dan berlari.



Cik Yanee, seorang triatlit, telah menyertai lebih 10 acara sukan di dalam dan luar negeri, termasuk acara triatlon Ironman 70.3 di Bintan tahun lalu.



Bercakap kepada The Straits Times, Cik Yanee berkata empat tahun lalu, beliau berpaling kepada makanan apabila hubungan dengan bekas suaminya kian renggang.



Tanpa senaman dan dengan diet penuh makanan ringan, Cik Yanee, yang setinggi 1.6 meter menambah lebih 20 kilogram kepada berat badannya dan pada 2015, menjadi seberat 79 kg.



Berbekal tekad untuk mengubah gaya hidupnya, Cik Yanee, yang bercerai dengan suaminya pada 2017, memulakan program mengurangkan berat badan dan mempertingkat kecergasan diri.



"Pada ketika itu, saya memutuskan untuk menghadapi realiti dan enggan berlari lagi," kata beliau.



Namun, percubaan pertama beliau untuk menjalani gaya hidup lebih sihat pada 2016 berakhir dengan hampa.



Beliau gagal melengkapkan jarak larian 2.4 kilometer dari rumahnya di Tanah Merah ke Taman East Coast dan berputus asa selepas hanya 1 kilometer.



Cik Yanee, yang bertugas sebagai pengurus serantau dengan sebuah syarikat produk farmasi berkata beliau terlalu berat sehingga sukar berjalan atau berlari.



"Saya rasa bak hati melompat keluar dari tubuh saya, dan paru-paru saya macam nak meletup," ujar beliau.



Namun, Cik Yanee terus mencuba berlari jarak itu, memperuntuk dua tiga hari seminggu untuk berbuat demikian.



Beliau juga mula ke gimnasium, untuk membina otot dan mengubah pilihan makanan hariannya.



"Lama kelamaan, saya berjaya berlari 1 kilometer... kemudian saya tambah lagi 200 meter... dan seterusnya. Akhirnya, saya berjaya berlari 2.4 kilometer," jelas beliau, yang badannya susut 20 kg.



Keyakinan diri yang bertambah selepas mula berlari mendorong beliau menyertai Maraton Standard Chartered Singapura dan beliau berjaya melengkapkan jarak penuh - lebih 42 kilometer - dalam masa 5 jam 15 minit.



Malah, pada 2017, beliau mula berbasikal dan mengambil bahagian dalam acara duatlon - perlumbaan yang menggabungkan berbasikal dan berlari - dan selanjutnya menambah acara renang kepada program senamannya.



Selepas menjalani latihan dengan seorang jurulatih, Cik Yanee berjaya menamatkan perlumbaan triatlon pertama - Triatlon Antarabangsa Singapura - di tempat ketiga.



Buat masa ini, Cik Yanee menyertai pelbagai acara duatlon dan triatlon di dalam dan luar negara, tetapi berkata saat paling bangga bagi dirinya adalah selepas melengkapkan Ironman 70.3 di Bintan.



"Saya berbesar hati kerana berjaya berbasikal di jalan raya sendiri, tanpa rakan-rakan atau jurulatih selama 90 kilometer. Perlumbaan itu membantu saya menangani rasa takut terhadap air, jalan raya dan menambah keyakinan diri dan pendapat saya tentang imej tubuh," kata Cik Yanee.



Buat masa ini, Cik Yanee sedang berlatih menyertai OCBC Cycle di Hab Sukan Singapura, yang dijadual berlangsung pada 10 Mei.



Beliau menjangka menyertai acara Sportive Ride 42 km.



Kata Cik Yanee, acara OCBC Cycle itu memberi peluang kepada pengayuh basikal sepertinya untuk berbasikal di jalan raya yang ditutup khas bagi acara itu. Daftar bagi OCBC Cycle pada 9-10 Mei di www.ocbccycle.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >