Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Bertemu buku dengan ruas

Apr 10, 2022 | 05:48 AM



KEVIN DE BRUYNE lwn FABINHO



SEMUA gerakan bahaya dan kreatif dari 'midfield' City biasanya dimulakan oleh De Bruyne. Jika De Bruyne hilang 'form' City kehilangan pemain tunggak yang mampu memporak-perandakan benteng lawan dengan satu sentuhan.



Namun, pemain hebat biasanya bangkit dalam perlawanan genting dan De Bruyne perlu bangkit untuk memastikan City tidak kecewa di akhir perlawanan.



Tugas membendung De Bruyne dijangka dipikul oleh 'hatchet man' Liverpool dari Brazil - Fabinho. Tinggi lampai dan mungkin terlalu kurus apabila dibandingkan dengan beberapa jeneral 'midfield' lain, Fabinho mampu membaca gerak lawan dengan bijak dan tangkas membuat terkaman untuk merampas bola atau mematahkan serangan lawan.



Nilainya kepada Liverpool juga tidak terhad kepada membendung lawan. Fabinho juga mampu menjaringkan gol. Liverpool dan City pasti masih ingat gol jaringan Fabinho dari jarak jauh sewaktu Liverpool bertemu City beberapa musim lalu.




JOHN STONES lwn MOHAMED SALAH



STONES ialah seorang pemain pertahanan tengah yang disegani bukan sahaja kerana kekuatannya di padang dan juga di udara, tetapi kerana beliau mampu membaca gerak pemain lawan.



Aspek kedua ini begitu penting apabila beliau berdepan dengan pemain pantas seperti Mohamed Salah, yang dijangka mengetuai barisan depan Liverpool di Stadium Etihad.



Salah pula, yang dikeluarkan di pertengahan separuh masa kedua perlawanan dengan Watford pada minggu lalu perlu segera bangkit daripada kekecewaan tewas kepada Senegal dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia.



Mesir tersingkir daripada Piala Dunia selepas tewas melalui tendangan penalti kepada Senegal - yang dibintangi Sadio Mane - dengan Salah gagal menyempurnakan penalti.




EDERSON lwn ALISSON BECKER



PENCAPAIAN Liverpool dan Manchester City saban musim mungkin bergantung kepada kebolehan pasukan mengasak lawan dan menjaringkan banyal gol, tetapi pemain-pemain‘outfield’ hanya mampu berbuat demikian kerana mereka tahu penjaga gawang mereka handal.



Kededua Ederson dan Becker merupakan aset yang sukar digantikan. Mereka bukan sahaja tangkas menyelamatkan bola, malah mempuunyai kecekapan teknikal yang membolehkan mereka menggelecek bola melepasi lawan dalam petak penalti.



Kecekapan teknikal ini juga memberikan mereka keyakinan diri tinggi, sifat yang begitu penting bagi penjaga gawang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >