Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bertuah Argentina dan Jerman, Bosnia tersingkir dari Piala Dunia

Jun 23, 2014 | 10:59 AM



Argentina 1 Iran 0


Jerman 2 Ghana 2


Nigeria 1 Bosnia 0


RIO DE JANEIRO: Lionel Messsi dan Miroslav Klose tampil pada saat-saat genting bagi menyelamatkan pasukan masing-masing di Piala Dunia 2014 ini.


Superstar Argentina, Messi, terpaksa menunggu sehingga lewat permainan sebelum menyumbatkan gol cantik pada minit ke-91 untuk menghancurkan harapan Iran dan memberikan kemenangan yang agak bernasib baik bagi juara Piala Dunia dua kali itu dalam pertarungan Kumpulan F di Belo Horizonte.


Selepas 'dikunci' bagi sebahagian besar pertarungan yang melihat wakil Asia itu memberikan saingan sengit, Messi melepaskan percubaan menyerung kencang daripada kaki kirinya yang mencecah sudut kiri jaring gawang Iran - gol yang hampir menjamin laluan Argentina ke pusingan kedua.


Ia juga adalah gol kedua Messi dalam Piala Dunia ini - selepas ketandusan gol dalam dua edisi Piala Dunia yang lalu - 2006 dan 2010.


Penyerang veteran Jerman yang berusia 36 tahun, Klose, pula menyambar gol kilat selepas hanya dua minit dimasukkan ke padang bagi membantu Jerman - yang ketika itu ketinggalan 1-2 - mencatatkan keputusan seri 2-2- dengan Ghana dalam pertemuan Kumpulan F di Fortaleza.


Gol itu juga adalah yang ke-15 bagi Klose di pentas Piala Dunia - menyamai rekod bintang Brazil, Ronaldo, yang mempunyai 15 gol Piala Dunia.


Pencapaian cemerlangnya itu juga meletakkan Klose dalam kumpulan elit tiga pemain yang termasuk bekas bintang senegaranya, Uwe Seeler, dan legenda Brazil, Pele, yang berjaya menemui sasaran di empat edisi Piala Dunia.


Keputusan itu menghidupkan peluang Ghana melayakkan diri ke pusingan kedua manakala Jerman, yang begitu sensasi semasa membelasah Portugal 4-0 dalam perlawanan pembukaannya, masih belum dapat menjamin tempatnya ke 16 pusingan terbaik pasukan sekalipun selepas mengumpulkan empat mata dalam kumpulan yang turut menampilkan Amerika Syarikat.


Dalam satu lagi pertarungan Kumpulan F yang baru berakhir pagi tadi, Nigeria menghidupkan peluangnya dengan kemenangan 1-0 ke atas Bosnia hasil gol kemenangan jaringan Peter Odemwingie pada minit ke-29.


ANWAR YAHYA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >