FORMULA SATU

'Bianchi sepatutnya ganti Raikkonen'

LONDON: Jules Bianchi telah dikenal pasti oleh pasukan Ferrari sebagai pemandu yang bakal menggantikan Kimi Raikkonen sebelum pemandu Perancis tersebut terlibat dalam kemalangan di Jepun pada Oktober lalu, kata mantan pengerusi Ferrari, Luca di Montezemolo.

Bianchi, 25 tahun, yang meninggal di sebuah hospital di Nice pada Jumaat lalu - sembilan bulan selepas nahas di Jepun itu dan langsung tidak sedarkan diri selepas itu - telah lulus daripada akademi pemandu Ferrari dan mengekalkan hubungan rapat dengan Maranello.