PERSATUAN Serani mengumumkan pelancaran Biasiswa Sukan Joseph Schooling yang baru dalam satu acara diadakan kelmarin bagi menghormati atlit negara yang memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik Brazil.
Schooling, yang hadir di acara tersebut bersama bapanya, Colin, dan ibunya, May, berkata: "Terima kasih atas biasiswa yang dinamakan atas nama saya... ia begitu bererti sekali bagi saya."