Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Bielsa: Leeds kian matang

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Bielsa: Leeds kian matang

Man U hanya seri 0-0 di Elland Road
Apr 27, 2021 | 05:30 AM

LONDON: Marcelo Bielsa berkata pasukannya sedang berubah menjadi lebi berdaya saing dalam Liga Perdana England kerana ia belajar dari kesilapan lalu semasa bertarung dengan kelabkelab utamanya.

Ini selepas Leeds mengikat Manchester United 0-0 di Elland Road semalam.

Kesudahan perlawanan itu meneruskan rangkaian keputusan positif Leeds semasa menentang enam pasukan teratas dalam liga.

Ia menang di Leicester City dan menewaskan Manchester City, sebelum mengikat Chelsea, Liverpool dan kini United.

Dalam lima perlawanan itu, Leeds hanya melepaskan tiga gol - form yang berbeza daripada form di awal musim, apabila ia tewas 3-4 kepada Liverpool di Anfield, 1-4 kepada Leicester dan 2-6 kepada Manchester United.

''Kami berjaya bertahan dengan baik tapi kami tidak berdaya untuk mengatur serangan sebagaimana yang kami mahukan.

Meskipun kami tidak menguasai permainan, kami berjaya mengelak perlawanan menjadi tidak seimbang. Ini semua tanda-tanda kami telah berubah menjadi lebih baik,'' kata Bielsa.

''Kumpulan pemain ini utuh dan telah belajar daripada kesilapan lalu. Pada masa yang sama, mereka juga mengelak daripada membuat kesilapan dengan kematangan yang bertambah.

''Paling penting, kami telah menunjukkan kami mampu bersaing dengan pasukan-pasukan handal dan bertahan supaya benteng kami tidak runtuh apabila diserang pasukan-pasukan yang berada lebih tinggi di atas liga,'' kata beliau lagi.

Keputusan di Elland Road itu bermakna Manchester City akan merangkul trofi Liga Perdana England (EPL) hujung minggu depan jika pasukan pimpinan Pep Guardiola itu menewaskan Crystal Palace pada Sabtu ini dan United - yang menduduki tangga kedua - tewas kepada Liverpool.

Pengurus United Ole Gunnar Solskjaer berkata beliau hampa dengan keputusan itu perlu mengutip tiga mata untuk terus memberi tekanan kepada City.

Dalam perlawanan di bahagian bawah liga, harapan West Brom untuk mengelak tercicir ke divisyen lebih rendah menjadi kian tipis selepas ia tercicir dua mata dalam perlawanan dengan Aston Villa.

Anwar El Ghazi telah membuka tirai jaringan bagi Villa menerusi tendangan penalti, sebelum Matheus Pereira menjaring gol penyamaan, juga menerusi penalti.

Kedudukan mula berpihak kepada West Brom apabila percubaan Mbaye Diagne mengenai Tyrone Mings sebelum menyelinap masuk ke gawang Villa.

Namun kecuaian barisan pertahanan West Brom dalam masa kecederaan memberikan Keinan Davis peluang untuk menyambar bola yang melantun bebas di petak penalti dan menjaringkan gol penyamaan bagi Villa pada masa kecederaan.

Keputusan seri itu bermakan West Brom kini ketinggalan sembilan mata dari zon selamat dan terperuk di tangga ke-19 dengan 25 mata, dengan liga berbaki lima perlawanan.

Satu lagi pasukan yang sedang berusaha mengelak tercicir dari EPL Burnley pula mengalami nasib yang berbeza di Wolverhampton Rovers.

Chris Wood menjaringkan hatrik pada separuh masa pertama untuk membantu pasukannya membelasah Wolves 0-4.

Wolves, yang, bak hilang arah dan tidak bermaya mengekang serangan Burnley boleh dipersalahkan, tetapi cara Burnley bangkit selepas kalah tiga perlawanan berturut-turut sebelum perlawanan itu menarik perhatian.

Pasukan yang dipimpin oleh Sean Dyche itu kini berada sembilan mata di atas Fulham dan zon bahaya, dengan baki 15 mata maksimum yang boleh dikutip. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3