BILBAO (Sepanyol): Hat-trik jaringan Aritz Aduriz dalam babak kedua membolehkan Athletic Bilbao membenam Barcelona 4-0 dalam pertemuan pertama Piala Super Sepanyol semalam.
Barca, yang turun tanpa kekuatan sepenuhnya, dan sedang memburu trofi kelima dalam semusim, ketinggalan seawal minit ke-13 daripada satu rembatan kencang Mikal San Jose daripada bulatan tengah yang menyaksikan bola melewati penjaga gawang MarcAndre Stegen.