Bintang tenis Serena Williams bertunang dengan pengasas bersama Reddit

WASHINGTON: Bintang tenis Serena Williams mengumumkan pada Khamis (29 Dis) beliau telah bertunang dengan pengasas bersama Reddit, Alexis Ohanian, melalui sekuntum sajak dalam akaun Reddit sah beliau.

Williams, 35 tahun, dan Ohanian, 33 tahun, tidak mendedahkan sembarang tarikh perkahwinan dalam posting mereka, yang disenaraikan di bawah tag Reddit 'isaidyes'.

"Kupulang ke rumah, Lewat sedikit lewat. Ada orang menyiapkan sebuah beg buatku, Dan sebuah pedati menunggu, Destinasi: Rom. Untuk mengiringiku kembali ke "penawanku", Kembali ke tempat bintang kami bertembung kali pertama, Dan kini ia berulang, Di meja sama kami pertama kali bertemu secara kebetulan. Kali ini dia datang tidak secara kebetulan, Tetapi dengan dirancang. Bertelut pada satu lutut, Beliau melafazkan 4 perkataan itu, Dan r/isaidyes," catat Williams dalam akaun beliau.

Satu balasan daripada akaun sah Ohanian berunyi: "Dan anda membuat saya orang paling gembira di dunia ini."

WTA Tour, yang banyak dikuasai Williams sepanjang kerjayanya, menyiarkan gambar Williams dan Ohanian di Twitter dengan ucapan tahniah.

Redit ialah laman sosial berita, pemeringkatan kandungan web, dan laman web perbincangan.

Williams memenangi kejuaraan Wimbledon tahun ini, iaitu mahkota perseorangan ke-71 dalam kerjayanya, menyamai rekod era Terbuka 22 kejuaraan perseorangan Grand Slam, kurang dua daripada rekod sepanjang zaman Margaret Court.

Beliau kemudian kekal 186 minggu berturut-turut sebagai pemain nombor satu dunia, menyamai rekod Graf, tetapi diturunkan daripada takhta oleh Angelique Kerber September lalu. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:52
Syuruk
7:14
Zuhur
1:17
Asar
4:40
Maghrib
7:17
Isyak
8:31
3 HR PSI: 27
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.