Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

'Blade Runner' tiba di garisan mula Maraton Everest

May 28, 2016 | 05:30 AM



IMPIAN atlit yang menggunakan kaki prostetik kiri berupa 'blade', Md Shariff Abdullah, berlumba Maraton Everest Tenzing-Hillary kian hampir tercapai apabila pelari berusia 47 tahun itu dan rombongan peserta lain selamat tiba di Everest Base Camp - garisan mula perlumbaan yang terletak pada ketinggian 5,364 meter dari atas paras laut - semalam.



Maraton penuh sejauh 42.195 kilometer itu - yang mendapat julukan perlumbaan tertinggi di dunia - dijadualkan berlangsung esok.



Bermula dari Everest Base Camp, para peserta termasuk Shariff yang lebih dikenali dengan panggilan Singapore Blade Runner (SBR) perlu berlari menuruni gunung - trek yang bersalji, licin dan berliku - menuju ke garisan penamat yang terletak di Namche Bazaar pada ketinggian 3,446 meter di atas paras laut.



Penganjur tidak menetapkan had masa bagi menamatkan perlumbaan - bermakna peserta boleh berlari mengikut kemampuan masing-masing.



Ini tentunya akan membantu Shariff yang berharap kaki prostetiknya dapat 'bertahan' sepanjang perlumbaan penuh lasak itu.



Sekalipun aktif menyertai pelbagai acara lasak, pengembaraan dan perlumbaan ekstrem di dalam dan luar negara termasuk Maraton Boston di Amerika Syarikat sebanyak empat kali, cabaran Maraton Everest ini tentunya yang paling mencabar bagi bapa tiga anak dewasa itu.



Beliau sudah pun berada di Nepal sejak 13 Mei lalu - proses menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk dan bersalji di Everest serta memulakan pendakian secara bertahap-tahap ke Everest Base Camp.



Matlamat utamanya menawan Maraton Everest ini ialah agar dijadikan dorongan dan sumber inspirasi kepada orang ramai, terutama golongan kurang upaya, dalam mengejar segala cita-cita dan matlamat mereka.



Melalui penyertaannya itu juga, Shariff berharap dapat mengumpul $5,000 bagi Club Rainbow Singapore dan meningkatkan kesedaran mengenai khidmat kelab itu kepada kanak-kanak berpenyakit kronik dan keluarga mereka melalui inisiatif 'Miles For Good'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >