Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bola jaring S'pura tumpaskan Myanmar 85-20 untuk muncul naib juara peringkat kumpulan

Jun 04, 2015 | 08:46 PM



SINGAPURA menamatkan saingan awal acara bola jaring dengan mencatatkan kemenangan keempat - menewaskan Myanmar 85-20 di Dewan 1 Arena OCBC dalam satu perlawanan yang berakhir sebentar tadi (4 Jun).


Dengan kedudukannya di separuh akhir sudah pun terjamin, pasukan negara pimpinan Ruth Aitken mempamerkan prestasi bertenaga untuk menguasai sebahagian besar permainan ke atas lawannya tadi.


Awal daripada ini, Singapura mencatatkan tiga kemenangan penuh meyakinkan - menewaskan Filipina 65-20, Thailand 65-24 dan Brunei 72-21 sebelum langkahnya 'tersandung' semasa diikat 35-35 oleh 'musuh tradisi', Malaysia, yang hampir pasti menduduki tangga pertama peringkat kumpulan kerana jumlah gol jaringannya yang lebih besar.


Sebagai juara peringkat saringan, Malaysia akan menentang pasukan di tangga keempat di separuh akhir nanti manakala Singapura, di tangga kedua, akan menentang pasukan di tangga ketiga, Thailand, di separuh akhir pada Sabtu ini.


Kededua Singapura dan Malaysia menjadi pilihan kuat untuk berentap di final bagi merebut pingat emas acara ini - hanya kali kedua bola jaring disertakan dalam Sukan SEA sejak 2001.


Di temasya 14 tahun yang lalu itu, Malaysia selaku hos memenangi pingat emas manakala Singapura terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >