BELANDA mengekalkan harapan untuk layak ke pusingan akhir Liga Negara-Negara Uefa selepas mengalahkan juara dunia Perancis, sementara Jerman pula diturunkan ke Liga B.
Pasukan yang dikenali sebagai Oranje itu sepatutnya membuka gol pada minit kedua selepas Memphis Depay, pemain penyerang Lyon, mengasak di sebelah kanan kotak dan menghantar bola kepada Georginio Wijnaldum tetapi pemain Liverpool itu gagal menyumbat gol apabila bola tendangannya meluru tepat ke arah penjaga gawang Perancis, Hugo Lloris.