Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK: Arsenal tiba di Singapura

Jul 23, 2018 | 02:30 PM



DEMAM bola sepak melanda Singapura dengan ketibaan pasukan pertama bagi Piala Juara-juara Antarabangsa (ICC) tahun ini - Arsenal.



The Gunners (gelaran Arsenal) tiba di sini awal pagi ini (23 Julai) dan telah pun mendaftar masuk Hotel Shangri-La di Orange Grove Road, menurut laporan The Straits Times.



Meskipun perjalanan mereka jauh dari London, para pemain pasukan itu tetap gembira memberi tanda tangan dan bergambar dengan peminat setibanya mereka di luar hotel tersebut.



The Gunners telah mengumumkan pasukan 25-pemain bagi lawatan pra-musim mereka.



Mesut Ozil, Mohamed Elneny dan Alex Iwobi yang baru pulang dari Piala Dunia akan menyertai teman sepasukan lain. Turut serta ialah penjaga gawang Bernd Leno, defender Sokratis Papastathopoulos dan pemain midfield Matteo Guendouzi.



Ozil baru-baru ini menjadi bahan berita berikutan pengeluarannya daripada pasukan bola sepak nasional Jerman.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya di media sosial, Ozil berkata beliau tidak akan lagi bermain untuk Die Mannschaft disebabkan perkauman dan sifat kurang hormat yang ditunjukkan kepadanya disebabkan asal-usul Turki beliau.



Ozil dan rakan sepasukan, Ilkay Gundogan, dikritik sebelum Piala Dunia apabila mereka bergambar dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.



Arsenal bakal berlawan dengan Atletico Madrid di Stadium Negara pada 26 Julai dan bakal menentang pasukan Perancis, Paris Saint-Germain, dua hari kemudian. Kededua perlawanan tersebut akan bermula pada 7.30 malam.



Tiket-tiket bagi ICC 2018 di Singapura masih boleh didapati di https://sportshub.com.sg/ICC2018



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >