Gareth Bale meninggalkan bangku simpanan untuk menjaringkan dua gol, termasuk satu gol hebat sepanjang Liga Juara-Juara, sedang Real Madrid mengalahkan Liverpool 3-1 di Kiev pada Sabtu (26 Mei) untuk merangkul trofi tiga tahun berturut-turut.
Tendangan lipat Bale pada minit ke-64 meletakkan Real 2-1 beberapa ketika selepas beliau masuk ke padang, menyusuli permulaan dramatik babak kedua dengan Karim Benzema meletakkan Real dihadapan.
Sadio Mane menyamakan kedudukan seketika tetapi Bale meletakkan Real kembali mendahuliu dan kemudian menamatkan perlawanan dengan satu lagi jaringan.
Pasukan Liverpool pimpinan Jurgen Klopp tergugat apabila pemainnya, Mohamed Salah, tercedera pada babak pertama dan dilihat menangis ketika meninggalkan padang.
Kemenangan Real menjadikan Zinedine Zidane jurulatih pertama memenangi Liga Juara-Juara tiga tahun berturut-turut.
Real Madrid adalah pasukan pertama mencapai kejayaan itu selepas Bayern Munich pada 1976. Ini adalah gelaran keempat mereka dalam tempoh lima tahun, dan ke-13 secara keseluruhan. . - AFP