Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bola sepak: Bekas jurulatih England Sven-Goran Eriksson akan pimpin Filipina di Piala Suzuki dan Piala Asia

Oct 27, 2018 | 05:02 PM



 





PASUKAN bola sepak Filipina menunjukkan tekad untuk menjadi antara pasukan terbaik di Asia selepas ia mendapatkan bekas jurulatih England Sven-Goran Eriksson untuk memimpin pasukan, bermula di Piala AFF Suzuki bulan depan.



Menurut laporan The Straits Times, Eriksson, 70 tahun, telah menandatangani perjanjian enam bulan - yang meliputi tempoh pertandingan Piala Persekutuan Persatuan Bola Sepak Asean (AFF) dan Piala Asia tahun depan. Beliau juga diberi pilihan untuk melanjutkan kontrak melebihi tempoh itu.



 



Eriksson paling dikenali sebagai jurulatih pasukan England yang dibintang ‘Generas Emas’ termasuk David Beckham, Wayne Rooney, Steven Gerrad, Frank Lampard dan Rio Ferdinand dari 2001 hingga 2006. Beliau memimpin England ke dua Piala Dunia dalam tempoh itu.



Pengurusan pasukan nasional Filipina dijangka membuat pengumuman rasmi pada Sabtu (27 Oktober) di Manila.



Pengurus pasukan Filipina Dan Palami, dalam wawancara eksklusif dengan ST berkata:



“Kami tahu Sven boleh membawa kami ke peringkat seterusnya… beliau amat berpengalaman.



“Bagi Piala Suzuki, kami telah menetapkan matlamat memenanginya sejak melangkah ke separuh akhir pada 2010, walau sebelum itu, kami hanya berpuas hati untuk melayakkan diri ke pertandingan itu semata-mata.



“Tentang Piala Asia pula, walau melayakkan diri adalah satu pencapaian mercu tanda bagi kami, kami enggan sekadar menjadi peserta sahaja. Kami mahu bersaing. Kededua matlamat ini adalah sukar untuk dicapai, tetapi kami telah menetapkan matlamat yang tinggi dan gembira kerana berjaya menyakinkan Sven untuk berkhidmat dengan kami.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >