Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bola Sepak: Empat gol Salah semarakkan Liverpool, Palace kembali bernafas

Mar 18, 2018 | 03:01 PM



LONDON (AFP) - Mohamed Salah terus mempamerkan musim sulungnya yang hebat dengan Liverpool apabila pemain sayap Mesir itu menjaringkan empat gol, mencatat rekod kelab menumpaskan Watford 5-0.



Crystal Palace pula mendapat nafas baru bertakat dalam Liga Perdana dengan kemenangan 2 -0 di Huddersfield pada Sabtu (17 Mac).



Salah telah menjaringkan 36 gol bagi Liverpool dalam semua pertandingan sejak berpindah daripada Roma tahun lalu - jaringan paling banyak oleh sebarang pemain dalam musim pertama dengan Liverpool.



Penyerang Sepanyol Fernando Torres menjaringkan 33 gol untuk Liverpool pada 2007-08.



Liverpool naik  dua mata di atas Tottenham ke tempat ketiga sedang mereka berusaha melayakkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan dengan menduduki empat kedudukan teratas.



Palace pula, selepas empat kekalahan berturut-turut, merangkak keluar daripada zon penyingkiran.



Kemenangan pertama Palace dalam lapan perlawanan liga meletakkan mereka dua mata di atas tiga pasukan terbawah.



Huddersfield berada tiga mata di atas Southampton, yang jatuh ke zon penyingkiran.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >