Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala AFF Suzuki

Bola sepak: Fandi Ahmad cabar Singa tembusi gawang Timor-Leste empat kali

Nov 21, 2018 | 05:30 PM



Fandi Ahmad mencabar anak didiknya menjaringkan sekurang-kurangnya empat gol dalam perlawanan menentang Timor-Leste di Stadium Negara pada 21 November (Rabu).



‘Taring’ Singa di depan gawang bak tumpul sejak Piala AFF Suzuki bermula dan dalam perlawanan bak ‘kalah-mati’ di  Kumpulan B ini, Fandi, jurulatih sementara nasional, berkata pemainnya mahu menjaringkan seberapa banyak gol yang termampu.



“Di hati kami, kami mahu menjaringkan sekurang-kurangnya empat gol,” kata beliau pada Selasa (20 November). Sasaran ini tidak mustahil (dicapai) dan kami mahu melakukan yang mustahil,” ujar Fandi.



“Perlawanan ini bak misi ‘kalah-mati’ dan kami perlukan kemenangan besar,” kata Fandi.



Singapura berada di tangga ketiga kumpulan B selepas dua perlawanan, dengan rekod satu kemenangan (1-0  ke atas Indonesia) dan satu kekalahan (0-1 kepada Filipina). Filipina dan Thailand kini mendahului kumpulan selepas memenangi dua perlawanan pertama masing-masing.



Singapura perlu memenangi perlawanan dengan Timor-Leste bagi mencerah peluang ke separuh akhir. Ia bertandang ke Bangkok Ahad ini, bagi perlawanan terakhir dengan Thailand, juara bertahan pertandingan ini.



Dua pasukan teratas mara ke separuh akhir dan jurang perbezaan gol akan diambil kira jika ada pasukan yang terikat dengan mata sama di akhir pusingan kumpulan



Pada masa ini, Thailand mempunyai jurang perbezaan gol terbaik (+ 9 gol), sementara Filipina mempunyai (+2 gol). Singapura mempunyai perbezaan gol sifar.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >