Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Fifa tambah saiz skuad maksimum Piala Dunia Qatar

Jun 25, 2022 | 05:30 AM



PARIS: Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) meningkatkan saiz maksimum skuad Piala Dunia dengan menambah tiga lagi pemain bagi kejohanan yang akan berlangsung dari 21 November hingga 18 Disember.



Fifa akan membenarkan setiap negara memilih sejumlah 26 pemain bagi Piala Dunia 2022 di Qatar.



"Bilangan pemain untuk disertakan dalam senarai terakhir telah ditambah ke sekurang-kurangnya 23 dan maksimum 26," kata Fifa.



Badan pentadbir bola sepak dunia itu berkata keputusan untuk membesarkan skuad dibuat "memandangkan keperluan untuk mengekalkan fleksibiliti tambahan akibat tempoh yang unik" bagi pertandingan tahun ini yang akan mengganggu musim kelab Eropah.



Fifa juga mempertimbangkan "secara meluas tentang gangguan ke atas skuad sebelum dan semasa pertandingan yang disebabkan pandemik Covid-19".



Uefa mengambil langkah yang sama bagi Euro 2020 tahun lalu untuk memenuhi permintaan daripada jurulatih yang khuatir akan kehilangan khidmat pemain akibat koronavirus.



Pasukan kebangsaan telah menamakan skuad 23 pemain mereka di Piala Dunia dan Kejohanan Eropah sejak Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea Selatan.



Sebelum ini hanya 22 pemain dibenarkan dalam setiap skuad di pertandingan antarabangsa.



Minggu lalu, badan undang-undang bola sepak Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Ifab) meluluskan langkah untuk mengekalkan penggunaan lima pengganti bagi semua perlawanan bertaraf tinggi. Ia berkata sekarang pasukan boleh menamakan 15 pengganti di senarai pasukan dan bukan 12.



Sekurang-kurangnya 26 orang (15 pemain pengganti dan 11 pegawai pasukan - salah seorang harus termasuk doktor pasukan) akan dibenarkan duduk di bangku pasukan semasa pertandingan Piala Dunia, menurut Fifa kelmarin. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >