Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bola Sepak: Imbasan CT sahkan Fernando Torres tidak alami kecederaan otak traumatik

Mar 03, 2017 | 11:19 AM



MADRID: Dunia bola sepak, khususnya di Sepanyol, menarik nafas lega selepas imbasan CT mengesahkan penyerang Atletico Madrid, Fernando Torres, tidak mengalami kecederaan otak traumatik setelah jatuh dalam satu perlawanan La Liga pada Khamis (2 Mac).



Torres, 32 tahun, terhantuk dari belakang oleh pemain pertahanan Deportivo, Alex Bergantinos, apabila kepala mereka berlaga lima minit sebelum perlawanan yang berkesudahan dengan seri 1-1 itu tamat.



Beliau jatuh dan kelihatan sudah tidak sedarkan diri apabila kepalanya terhempas di padang.



Atletico berkata dalam satu kenyataan selepas itu bahawa Torres "mengalami kecederaan otak traumatik dan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan".



Bagaimanapun, kelab itu telah mengeluarkan satu lagi kenyataan, menyatakan: "Imbasan CT tengkorak dan serviks yang dijalankan ke atas Fernando Torres telah menolak kemungkinan penyerang Rojiblanco itu mengalami sembarang perubahan kesedaran atau kecederaan trauma." - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >