Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:24

Bola sepak: Jurgen Klinsmann dipecat sebagai jurulatih Amerika

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Bola sepak: Jurgen Klinsmann dipecat sebagai jurulatih Amerika

Nov 22, 2016 | 07:48 AM

CHICAGO: Bekas penyerang antarabangsa Jerman Jurgen Klinsmann dipecat pada Isnin sebagai jurulatih pasukan bola sepak Amerika Syarikat, selepas tewas dua kali berturut-turut dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018.

Presiden Persekutuan Bola Sepak Amerika, Sunil Gulati, mengumumkan pemecatan itu tanpa menamakan penggantinya. Amerika tidak menghadapi satu lagi perlawanan kelayakan Piala Dunia sehingga Mac.

"Hari ini kami membuat keputusan sukar berpisah dengan Jurgen Klinsmann," kata Gulati dalam satu kenyataan.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Jurgen bagi kerja keras dan komitmen beliau sepanjang lima tahun lalu. Beliau bangga mengambil tanggungjawab mengemudi program ini dan terdapat pencapaian besar di sepanjang jalan."

Klinsmann, 52 tahun, mula menjadi jurulatih Amerika pada 29 Julai 2011.

Kejayaannya membimbing Amerika memenangi 12 perlawanan berturut-turut pada 2013 dan mencapai 16 kemenangan dan 0.761 peratusan kemenangan tahun ini (2016) mencipta rekod buat negara itu.

Di bawah Klinsmann pada 2014, pasukan Amerika menyamai pencapaian mereka dalam Piala Dunia 2010 dengan mara ke pusingan 16 pasukan.

Tetapi Amerika tersandung ke tempat keempat dalam Piala Emas 2015 dan juga kalah kepada Mexico dalam perlawanan penentuan ke kejuaraan Piala Konfederasi.

Awal bulan ini, skuad Amerika tersungkur teruk dalam pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2018 di Russia bagi kumpulan Amerika Utara (Concacaf).

Ia kalah 2-1 kepada musuh lama Mexico di padang sendiri dan 4-0 di Costa Rica.

Bruce Arena, jurulatih juara lima kali Liga Bola Sepak Major Amerika yang kini bersama pasukan Los Angeles Galaxy, dianggap sebagai calon utama bagi menggantikan Klinsmann. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3