Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bola sepak: Laporan polis dibuat terhadap ejen sukan setelah gagal berikan tiket ICC walau sudah dibayar

Jul 26, 2019 | 09:03 AM



LAPORAN polis telah dibuat terhadap salah seorang ejen sukan yang namanya sedang naik setelah dia gagal memberikan 12 tiket bagi Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) yang berlangsung minggu lalu.



Seorang yang dikenali sebagai A Abdul membuat laporan polis Ahad lalu terhadap Hafidz Ja'afar yang pernah menjadi jurucakap perenang Singapura, Joseph Schooling.



Menurut The Straits Times, pihak polis mengesahkan laporan tersebut dan siasatan sedang dijalankan.



Nama Hafidz mula dikenali setelah dia membantu keluarga Schooling dengan pertanyaan media berikutan kemenangan perenang tersebut di Sukan Rio 2016.



Awal sebelum itu, dia pernah bekerja dengan pasukan perhubungan Persatuan Renang Singapura (SSA).



Menurut A Abdul, yang sudah mengenali Hafidz selama hampir 20 tahun, beliau membeli tiket ICC bernilai $596.60 daripada Hafidz pada April lalu.



Hafidz telah menghubunginya di Facebook dan mengatakan dia mempunyai tiket perlawanan tersebut dengan harga diskaun.



Berminggu-minggu selepas itu, masih tiada berita daripada Hafidz mengenai tiket yang telah dibelinya.



Apabila ditanya, Hafidz memberitahunya bahawa Hab Sukan Singapura masih belum memberikan tiket-tiket tersebut.



A Abdul yang pada awalnya percaya kata-kata temannya, mula rasa ragu apabila masih belum mendapatkan tiket pada akhir Jun lalu.



Hafidz memberi pelbagai alasan termasuk dirinya telah dimasukkan hospital, dia telah menerima tiket tapi ia tiket yang salah, dan dia berada di luar negara atas alasan bertugas.



A Abdul menerima e-mel "tiket" yang dibelinya itu sehari sebelum perlawanan antara Manchester United dan Inter Milan.



Namun, beliau terkejut apabila tidak dibenarkan masuk ke Stadium kerana tiketnya ditolak.



"Ia tak sah dan butirannya tidak betul. Ada nama saya dan nombor pelanggan, tapi ia milik orang lain, orang Cina," katanya.



"Kaunter cuba periksa nombor telefon Hafidz tetapi mendapati tiada tiket yang dibeli menggunakan nombor tersebut," jelas beliau.



Beliau kemudian cuba menelefon Hafidz tetapi gagal dan akaun WhatsAppnya juga sudah tidak digunakan lagi.



Percubaan menghubunginya melalui media sosial juga gagal.



Kata A Abdul, yang pernah membeli kaca mata hitam Oakley dan baju Adidas pada harga diskaun daripada Hafidz:



"Selepas semua ini berlaku, saya terpaksa menganggap ia semua barang palsu. Saya nak telefon dia untuk cakap kalau dia perlukan wang, saya boleh beri hutang, tapi jangan tipu saya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >