Bola sepak: Messi selamatkan Argentina dalam kelayakan Piala Dunia

BUENOS AIRES - Lionel Messi menyelamatkan Argentina menerusi sepakan penalti mengalahkan Chile 1-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia pada Khamis, dan meletakkan pasukannya ke kelayakan automatik bagi pusingan akhir tahun depan di Russia.

Messi menewaskan Claudio Bravo pada minit ke-16 selepas Angel di Maria ditolak dari belakang dalam suku pertama.

Argentina, naib juara Piala Dunia 2014, berpindah ke tempat ketiga di kalangan 10 negara Amerika Selatan dengan 22 mata belakang pendahulu Brazil dan Uruguay di tangga kedua.

Brazil menewaskan Uruguay 4-1 dalam perlawanan sebelum itu dengan Paulinho menyumbatkan hatrik.

Colombia, yang menewaskan Bolivia 1-0 di tempat sendiri, kini di tempat keempat dengan 21 mata, satu mata di depan Ecuador yang tewas 2-1 kepada Paraguay. - Reuters