Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Bola sepak: Nishigaya tekankan perlu dedah pemain kurang pengalaman

Sep 22, 2022 | 03:26 PM

MESKIPUN kecewa akan kekalahan 0-4 pasukannya kepada Vietnam, ketua jurulatih Singapura Takayuki Nishigaya menegaskan perlunya memberi pemain kurang pengalaman pendedahan bermain di padang antarabangsa dan menguji kesediaan mereka.

Ini sedang beliau giat menyusun dan mempersiap pasukan Singa bagi Piala AFF 2022 Disember ini.

Dalam perlawanan persahabatan di Stadium Thong Nhat di Ho Chi Minh pada Rabu (21 Sep), warga Jepun itu menurunkan satu pasukan bersifat eksperimental – menggabungkan pemain berpengalaman dan yang jarang beraksi bagi Singapura sebelum itu.

Ilhan Fandi (tiga penampilan), Taufik Suparno (tiga), Shah Shahiran (lima) dan Ryaan Sanizal (satu) diberi peluang memulakan perlawanan.

Bercakap selepas perlawanan itu, Nishigaya berkata:
Kami sentiasa ingin menang perlawanan tapi penting juga bagi pemain baru dan lebih muda diberi peluang beraksi pada tahap permainan ini.

“Apabila peluang bermain perlawanan antarabangsa terhad, kami harus mencari keseimbangan antara membariskan pasukan terbaik kami dengan memberi peluang kepada pemain lain, untuk melihat apakah mereka dapat bermain padad tahap ini.”

Baca laporan penuh di Berita Harian esok (23 Sep).
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3