Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bola sepak: Pengurus Arsenal gugurkan Alexis Sanchez selepas pergeseran

Mar 06, 2017 | 10:51 AM



LONDON - Keputusan luar biasa Pengurus Arsenal Arsene Wenger menggugurkan Alexis Sanchez sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool pada Sabtu adalah ekoran pergeseran di di tempat latihan, menurut media British.



Menurut akhbar Daily Telegraph, Sanchez meninggalkan latihan dan telah terlibat dan bertengkar dengan rakan-rakan sepasukan beberapa hari sebelum perlawanan.



Konfrontasi itu, kata akhbar berkenaan, mungkin menyegerakan beliau meninggalkan Arsenal pada akhir musim ini. Paris Saint-Germain dan Juventus berminat mendapatkan khidmatnya.



Sanchez telah menjaringkan 17 gol dalam 26 perlawanan liga setakat ini musim ini tetapi penyerang Chile itu sekadar memanaskan tempat duduk di Anfield. Tindakan itu menerima padah apabila Liverpool mendahului dengan dua gol.



Wenger memasukkan Sanchez pada pada separuh masa kedua dan penyerang berusia 28 tahun itu segera bermain untuk mengurangkan defisit.



Arsenal tewas 3-1 dan tergelincir daripada kedudukan di tangga keempat teratas berikutan kekalahan ketiga dalam empat perlawanan terakhir liga.



The Telegraph mendakwa Sanchez meninggalkan padang latihan separuh jalan yang menyebabkan rakan sepasukannya bersemuka dengannya di bilik persalinan dan bertengkar mengenai sikapnya.



Ini menyebabkan Wenger menggugurkannya, menurut media. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >