Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bola sepak: Singapura kalah 0-2 kepada Syria

Nov 10, 2016 | 07:20 AM



KEMARAU gol Singapura berpanjangan apabila mereka kalah 0-2 kepada Syria dalam perlawanan persahabatan antarabangsa malam tadi (9 Nov).



Amro Jeniat dan Khaled Almbayed menyumbatkan gol pada separuh masa kedua apabila pasukan nombor ke-96 dunia itu mengalahkan Lions, di tangga ke-171, buat empat kali berturut-turut.



Dua pasukan itu bertemu dalam kelayakan kejuaraan Piala Asia Gabung Bola Sepak Asia pada 2013 dan tahun lalu dalam kelayakan Piala Dunia 2018.



Perlawanan semalam berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, Seremban, tempat Syria sedang mengadakan kem latihan.



Sundram, jurulatih pasukan kebangsaan, mengaku beliau bimbang mengenai kegagalan pasukannya menjaringkan gol walaupun mencipta peluang jaringan.



"Kebimbangan terbesar saya ialah kami tidak memanfaatkan sepenuhnya peluang kami. Tetapi kami mencipta peluang, ini sesuatu yang baik.



"Kami mesti menyempurnakan peluang, itu perkara utama," ujarnya.



Singapura seri 0-0 dengan Malaysia dan kalah 0-2 kepada Hong Kong dalam dua perlawanan persahabatan bulan lalu.



Sundram berkata beliau memilih Syria sebagai lawan kerana berasa mereka bermain secara fizikal, sama seperti Filipina, yang Lions akan bertemu dalam pembukaan Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Sabtu depan (19 Nov).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >