Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Bola sepak: Singapura kalahkan Kemboja 1-0

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Bola sepak: Singapura kalahkan Kemboja 1-0

Nov 14, 2016 | 07:24 AM

PASUKAN bola sepak Singapura memenangi perlawanan pertama mereka dalam tujuh perlawanan, mengalahkan Kemboja 1-0 di Stadium Bishan pada Ahad (13 Nov) malam.

Walaupun berjaya dalam perlawanan persahabatan itu, Lions menunjukkan persembahan kurang meyakinkan, sekali gus menuju ke pertandingan Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) minggu ini dengan keraguan.

Ia perlawanan terakhir mereka sebelum berlepas ke Manila esok bagi memulakan kempen Piala AFF pada Jumaat dengan perlawanan pembukaan menentang tuan rumah bersama, Filipina.

Lions mengakhiri kemarau gol mereka dalam tiga perlawanan terima kasih kepada tendangan minit ke-70 Yasir Hanapi.

Tetapi persembahan separuh pertama mereka hambar, dengan hantaran tersasar dan kesilapan pertahanan berlaku.

Jurulatih sementara negara, V. Sundramoorthy, mengaku ia satu tempoh 45 minit yang harus dilupakan.

Beliau membuat tiga pertukaran pada separuh masa pertama dan persembahan Lions menjadi baik.

"Kami mengawal bola dengan lebih baik, saya melihat pergerakan dan pengekalan bola yang lebih baik, dan kami membuat beberapa larian penembusan. Kami kelihatan bahaya," katanya.

Pemain paling gembira ialah Yasir, 27 tahun, yang akhirnya menjaringkan gol antarabangsa pertamanya pada penampilan ke-12.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3