SUASANA kelam yang menyelubungi bola sepak setempat berterusan selepas pasukan nasional dan pasukan bawah 22 tahun nasional meraih keputusan di bawah jangkaan minggu ini.
Walau menguasai sebahagian besar permainan, pasukan nasional yang dipimpin Bernd Stange gagal meraih kemenangan yang dijangka semasa menentang Guam dalam perlawanan persahabatan di Stadium Jalan Besar (JBS) kelmarin.