Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU LIGA PERDANA ENGLAND

Bolehkah Emery pimpin Arsenal bangkit semula?

Aug 12, 2018 | 05:30 AM



SELEPAS dikemudi selama 22 tahun oleh Arsene Wenger, Arsenal kini mengorak langkah ke era baru, diterajui pula oleh Unai Emery Etxegoien, bekas pengurus Sevilla dan Paris St Germain (PSG).



Pengurus berusia 46 tahun ini pernah memimpin Sevilla menjuarai Kejuaran Europa sebanyak tiga kali berturut-turut pada musim 2014 hingga 2016 sebelum memimpin PSG dengan menjuarai Ligue 1 Perancis.



Dengan latar belakang yang hebat ini, sudah pasti ia sedikit sebanyak menjentik semangat pemain Arsenal bagi mencapai kejayaan di bawah pengurusan baru Emery.



Bersama Emery nanti, dapat dijangkakan corak permainan baru dan falsafah bola sepak yang berbeza daripada sebelumnya, yang akan disentuh nanti dalam segmen strategi, formasi dan jangkaan kesebelasan utama Arsenal.



Apa yang pasti, matlamat jangka pendek Arsenal ialah menduduki empat tangga teratas liga, dan seterusnya kembali semula kepada Liga Juara-Juara Eropah.



STRATEGI, FORMASI, KESEBELASAN UTAMA



Berdasarkan barisan pemain yang diturunkan Emery pada perlawanan pramusim yang lepas, dapat disimpulkan bahawa Arsenal bakal bermain dengan formasi 4-2-3-1 atau 4-3-3 bergantung pada lawan yang bakal mereka hadapi.



Apa yang pasti, dapat dilihat daripada perlawanan pramusim terakhir Arsenal, Emery lebih cenderung dengan gandingan Shkodran Mustafi dan Sokratis Papastathopulos - pemain berharga £17.7 juta ($31 juta) daripada Borussia Dortmund sebagai bek tengah.



Dengan Mohamed Elneny dan Matteo Guendouzi yang baru dibeli dengan harga £19 juta daripada kelab Lorient secara kerap mengemudi barisan tengah sebagai salah seorang daripada dua 'holdingmidfielder' pada formasi 4-2-3-1, atau salah satu daripada tiga pemain tengah bagi formasi 4-3-3.



Di samping itu, Mesut Ozil, Henrikh Mkhitaryan dan Piere EmerickAubame, yang juga muncul secara kerap dalam skuad utama Emery semasa perlawanan pramusim mereka sebagai antara tiga pemain ofensif dalam formasi 4-3-3 ataupun dalam formasi 4-2-3-1 dengan Auba sebagai penyerang tunggal. Bahkan tidak dapat ditolak penglibatan mengejut pemain muda - Emile Smith Rowe - yang cemerlang dalam perlawanan pramusim mereka dengan satu 'assist' dan satu jaringan gol.



Emery juga dilihat oleh pengamat bola sepak, semasa menjadi pengurus Sevilla dan PSG, gemar akan kedua-dua bek tengahnya naik jauh ke atas, sementara pemain kedua pemain sayapnya bermula dari kiri atau kanan sebelum mara ke tengah bagi membuat umpanan kepada rakan penyerang seperti Auba ataupun langsung membuat percubaan bagi menghasilkan jaringan gol. Pada masa yang sama, sama seperti jurulatih moden yang lain, Amery juga gemar akan corak 'menekan', atau 'pressing', pasukan lawan.



Akhir sekali, Emery juga perlu merungkai pilihan utama penjaga gawang The Gunners musim ini, sama ada Bernd Leno ataupun Petr Cech.



PEMAIN YANG PERLU DIBERIKAN PERHATIAN



Pierre-Emerick Aubameyang



Selain Hector Bellerin, Mustafi dan Guendowzi, yang tidak pernah lekang daripada kesebelasan utama pramusim The Gunners, Aubameyang juga kerap disertakan sama ada sebagai penyerang tunggal pada formasi 4-2-3-1 ataupun dalam formasi 4-3-3. Malah bagi sesetengah perlawanan, Emery meletakkan Auba sebagai pemain sayap pada formasi 4-3-3 dengan Lacazette sebagai penyerang tunggal.



Sama seperti Wenger, nampaknya Emery turut percaya dengan kemampuan Auba dalam memimpin barisan serangan The Gunners. Ini tidak dapat disangkal kerana rekod baik Auba dalam menjaringkan gol. Malah faktor kesegaran Auba kerana tidak terlibat dengan Piala Dunia juga merupakan unsur penting dalam benak Emery.



Auba dijangka mengekalkan kecemerlangan dan meningkatkan 'form'nya kepada tahap lebih tinggi lagi pada musim ini, lebih-lebih lagi dengan keserasiannya semakin bertambah dalam musim keduanya dalam liga perdana.



Namun, seperti biasa, kecemerlangan Auba masih bergantung pada bantuan Ozil atau Mkhitaryan. Auba tidak mampu bergerak sendirian.



Tetapi, jika bintang-bintang Arsenal seperti Ozil lenyap dan hilang seperti dalam beberapa perlawanan penting musim lepas, maka tidak dapat dipastikan apakah peluang Arsenal nanti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >