RIO DE JANEIRO (Brazil): Polis Brazil telah melumpuhkan satu sindiket pasar gelap yang cuba menjual secara terlarang lebih 700 tiket Sukan Olimpik pada harga yang sangat tinggi, kata pihak berkuasa kelmarin.
Polis Rio, dengan bantuan jawatankuasa Olimpik tempatan, telah memberkas 10 orang yang terlibat dalam kegiatan tersebut.