Brazil 'bersamba' di Russia

SAO PAULO: Antara gergasi bola sepak dunia, Brazil, telah berjaya melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia 2018.

Ia muncul sebagai negara pertama yang layak ke Russia, selepas Uruguay, yang merupakan salah satu pencabar utamanya, tewas mengejut 1-2 kepada Peru, hari ini.

Sebelum ini, Brazil yang mengungguli Piala Dunia sebanyak lima kali berjaya menumpaskan Paraguay 3-0 di Sao Paulo.

Ini sekali gus mengekalkan rekod tidak pernah gagal Brazil untuk mara ke pusingan akhir kejohanan berprestij itu.

Sementara itu, Uruguay yang mengalami kekalahan mengejut di Lima dan beberapa keputusan di tempat berlainan seakan membantu Brazil mengumpul 33 mata selepas 14 perlawanan.

Kedudukan yang selesa telah menjamin tempatnya sebagai salah satu daripada empat pasukan yang layak secara automatik ke Russia dari kelayakan zon Amerika Selatan. - AFP