Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
3

Brazil pilihan jadi juara

Temasya Piala Dunia Brazil bakal bermula tidak sampai 10 hari lagi dan ramai sudah meneka-neka pasukan mana di antara 32 negara yang layak akan muncul juara. Sesuai dengan kelebihan sebagai pasukan tuan rumah dan barisan pemain terserlah, Brazil, dengan superstarnya Neymar, menjadi pilihan menjadi juara dengan Argentina, musuh tradisinya dari Amerika Selatan dijangka menyongsong ke final. Tetapi persaingan dalam pusingan akhir tidak akan lengkap tanpa Jerman, yang terkenal sebagai pasukan berdisiplin tinggi dan tentunya juara bertahan Sepanyol, yang juga juara Eropah. Berita Harian hari ini memaparkan keyakinan pasukan Brazil dan saingan daripada Argentina, Jerman dan Sepanyol, yang diramal menjadi empat pasukan yang bakal muncul dalam peringkat separuh akhir dan final nanti. Susunan ISMAIL ALI (ismail@sph.com.sg)
Jun 02, 2014 | 06:00 AM

SELEPAS kekecohan yang menyelubungi persiapannya menjadi hos temasya sukan terbesar di dunia ini, pasukan Brazil yang digelar Selecao, sedar akan tugas menggunung yang dipikul - menangi Piala Dunia di tanah air sendiri bulan depan.

Walaupun dari segi persiapan sebagai tuan rumah, Brazil agak mengecewakan kerana sehingga kini masih belum menyiapkan sepenuhnya beberapa stadium di samping terpaksa menghadapi tunjuk perasaan penduduk setempat yang membantah penganjuran Piala Dunia di negara itu, pasukan Brazil sudah cukup bersedia menceriakan semula keadaan dengan mencatat rekod baru menjadi juara buat kali keenam.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >