Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Dunia 2018

Brazil tersingkir, tewas 1-2 kepada Belgium, Perancis kalahkan Uruguay 2-0

Jul 07, 2018 | 08:55 AM



BRAZIL tersingkir dari Piala Dunia 2018 selepas tewas 1-2 kepada Belgium di suku akhir pada Sabtu (7 Julai), dengan bintangnya, Neymar tidak bermaya mempengaruhi permainan.



Sebaliknya, bintang Manchester City dan Belgium Kevin de Bruyne memberikan persembahan 'master class' untuk mengemudi jentera serangan pasukannya yang memasuki masa rehat dengan kelebihan dua gol.



Bruyne menjaringkan gol kedua Belgium selepas pemain Brazil Fernandino menjaringkan gol sendiri pada minit ke-13.



Gol tunggal Brazil dijaringkan oleh Renato Augusto 15 minit sebelum perlawanan berakhir, memberi sedikit harapan kepada pasukan yang pernah menjulang Piala Dunia lima kali itu untuk bangkit menyamakan kedudukan.



Namun Brazil gagal mencari gol kedua yang diimpikan dan sekali lagi, terpaksa pulang dengan tangan kosong.



Dalam pada itu, Uruguay turut tersingkir dari Piala Dunia selepas tewas 0-2 kepada Perancis, keputusan yang bermakna tiada wakil dari Amerika Selatan di separuh akhir Piala Dunia kali ini.



Gol Perancis dijaringkan Rafael Varane pada minit ke-40 dan Antoine Griezmann mengganda jaringan dalam separuh masa kedua.



Belgium akan berentap dengan Perancis dalam separuh akhir pada Rabu (11 Julai).



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >